foodpanda logo
Login

Tingkatkan pendapatan anda dengan foodpanda!

Daftar sekarang dan mula memperoleh lebih banyak pendapatan dengan perkhidmatan penghantaran makanan terkemuka foodpanda

Bersedia untuk mengembangkan perniagaan anda?

+60

Already have an account? Login

register.captcha.text

foodpanda membawa peluang baru

Berhubung dengan pelanggan baru
Berhubung dengan pelanggan baru

Menambah bisnes anda pada platform bermakna akses kepada beribu pelanggan baru di kawasan kejiranan yang berbeza.

Tebus Ganjaran
Tebus Ganjaran

Biarlah pelanggan menikmati bisnes anda dari mana-mana sahaja dan tangkap minat pelanggan baru yang belum mencubanya.

Fokus pada bisnes anda
Fokus pada bisnes anda

Kami menguruskan semua pembayaran dan khidmat pelanggan, manakala rider foodpanda kami menguruskan penghantaran. Memberi anda untuk fokus pada perkara yang penting!

thumbnail for testimonial video

Berkerjasama dengan foodpanda hari ini

Membawa perniagaan anda ke peringkat seterusnya melalui perhubungan dengan pelanggan baru serta meningkatkan jualan anda!

Kami membuatkannya mudah dan senang

Pelanggan membuat pesanan melalui aplikasi foodpanda.
Pesanan Pelanggan

Pelanggan membuat pesanan melalui aplikasi foodpanda.

Anda akan menerima pemberitahuan untuk mula menyediakan pesanan.
Anda Menyediakan

Anda akan menerima pemberitahuan untuk mula menyediakan pesanan.

Rider foodpanda akan datang sebentar lagi untuk mengambil pesanan dan menghantarnya kepada pelanggan.
Kami menghantarkan

Rider foodpanda akan datang sebentar lagi untuk mengambil pesanan dan menghantarnya kepada pelanggan.

Kami memberi anda laporan supaya anda boleh menjejaki pendapatan dan prestasi anda.
Lihat bisnes anda berkembang

Kami memberi anda laporan supaya anda boleh menjejaki pendapatan dan prestasi anda.

foodpanda backpack

foodpanda adalah platform yang hebat untuk kami mengukuhkan jenama dengan mensasarkan pasaran yang betul dalam kalangan komuniti.

Siao Hui Calisto
burger

foodpanda menyumbang peningkatan jualan harian saya! Aplikasi foodpanda memberi akses mudah kepada pelanggan untuk melihat menu dan laman restoran.

Faruq Salim Mee/Kuew Tiaw/Bihun Kicap, Kari & Goreng Ipoh By Yob Faruq, Petaling Jaya

Sebarang pertanyaan?

foodpanda membantu bisnes mengembangkan jualan mereka, menjangkau pelanggan baru dan meningkatkan kesedaran jenama dalam talian. Dengan bekerjasama dengan kami, anda boleh mendapatkan akses kepada pelanggan baru yang ingin memesan daripada bisnes seperti anda untuk penghantaran dan pengambilan.

Daftar minat anda pada borang di atas dan pastikan anda mempunyai nombor telefon dan alamat e-mel yang sah. Kami akan membimbing anda sepanjang proses pendaftaran anda melalui e-mel dan/atau melalui telefon.

Yuran komisen yang dikutip memastikan rakan kongsi penghantaran kami dibayar dengan adil dan membolehkan kami menyediakan perkhidmatan platform untuk pesanan dalam talian dan perkhidmatan penghantaran.

Majoriti yuran komisen kami digunakan untuk membayar rakan kongsi penghantaran kami. Kami percaya rakan kongsi penghantaran kami memerlukan rangsangan ini untuk menampung masa, jarak perjalanan dan usaha mereka dengan secukupnya di samping bayaran penghantaran yang dibayar oleh pengguna.

Bakinya, jika ada, digunakan untuk menampung kos operasi, termasuk insurans rakan kongsi penghantaran, kos transaksi pembayaran tanpa tunai, penambahbaikan produk dan perkhidmatan, kos pemasaran dan tenaga kerja di belakang tabir seperti khidmat pelanggan untuk anda, pengguna dan rakan kongsi penghantaran.

Mana-mana bisnes yang menjalankan aktiviti mereka di Malaysia perlu membayar SST 6% di atas kadar komisen yang sedia ada.

Jika anda seorang Chef Rumah/Masak Dari Rumah atau Pemilik Cloud Kitchen, anda masih boleh menyertai kami asalkan anda menyediakan semua dokumen yang diperlukan.

Semua rakan kongsi kami boleh menerima pesanan pengambilan dari hari pertama mereka untuk memberi anda akses kepada lebih banyak peluang pesanan.

Radius penghantaran kami adalah sehingga 9km dari alamat penghantaran. Ini adalah untuk memastikan lebih banyak restoran dan kedai lebih dekat dengan pelanggan mereka sambil memastikan pesanan pengguna kekal segar hingga ke depan pintu pengguna.

Ya, rakan kongsi kami boleh berhenti sementara daripada mengambil pesanan pada bila-bila masa. Menggunakan tablet kami, anda boleh berhentikan sementara kedai anda daripada mengambil pesanan untuk tempoh masa tertentu. Anda juga boleh menunjukkan bahawa kedai anda sibuk, memberitahu pelanggan untuk menjangkakan masa persediaan yang lebih lama.